Hari ni dengan rasminya Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan yang senaman yoga adalah diharamkan dengan sebab gerakan fizikan & bacaan mentera adalah bertentangan dengan ajaran Islam. AkU pernah amalkan yoga ni, sekali jek 10 tahun lepas. Masa tu AkU join so called program motivasi untuk panjat gunung. Aku rasa kelakar pun ada sebab nak panjat gunung punye pasal sampai kene buat yoga haha. Masa tu trainer tu suruh masing2 duduk bersila, pejam mata & temukan ibu jari dengan jari hantu (korang tau kan cammana) pastu kosongkan kotak fikiran jangan fikir apa2 pun sambil tarik nafas sedalam dalamnya. Tak ke leceh banyak bende nak buat dalam satu masa untuk yoga ni, tak campur lagi stok yang kene lembutkan badan, pusing 720 darjah pastu naikkan kedua-dua belah kaki ke atas! Haaahaa korang try buat dulu pastu bagitau AkU. Kalau AkU tak dapat respon korang dalam masa 30 minit, alamatnye......
OK berbalik pada tadi, selepas kosongkan fikiran, dia bagi masa lebih kurang 5 minit utk semua diam sambil pejam mata. Bila dia cakap buka mata, AkU dapat rasakan badan Aku sangat relax dan minda AkU sangat tenang! Serius beb, gile la.. ajaib tak ajaib yoga ni. Jadi pendapat AkU, kalau kita amalkan yoga ni, kita memang akan dapat banyak kebaikan untuk badan dan minda kita, termasuk dapat mengurangkan berat badan. Akan tetapi, sebagai umat Islam, elok kalau kita elakkan amalan ni dan ganti dengan aktiviti2 lain yang beri sama kebaikan tetapi tidak bertentangan dengan akidah kita, orait beb? Oleh yang demikian, hukum yoga adalah haram untuk penganut agama islam.
AkU: Nak jugak tu ayat ending sama ngan tajuk dia hahahaa =P
Sunday, November 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
habis tu if yogeswaran (nama manja = yoga) buat salah e.g. merompak ke mencuri ke, takkan penganut agama islam still haram menghukum dia?? susah la camtu..
saya masih tidak mengkhatamkan lagi yoga clips yang anda bagi...
so, saya ada alasan aaaa...
sebab yoga itu haram :-D
To Anonymous,
Erk yoga yg diperkatakan ini ialah kata kerja, bukat kata nama seperti yg Anonymous paham. Diharap penjelasan ini dapat membuka minda anda hahaah =P.Harap maklum.
To ann,
terima kasih krn mengkomen di sini. anda masib bole mengkhatamkan yoga klips tanpa mengkhatamkan yoga heheeh
Post a Comment